Kita ditakdirkan bertemu dan bersahabat…..
Kehadiranmu membuatkan hidupku begitu bermakna……
Cerita kita banyak yang dikongsi bersama…..
Dukaku menjadi dukamu….
Gembiramu menjadi gembiraku….
Lantas akhirnya…..
Bibit kemesraan menjerat diri…..
Sehinggakan aku tak dapat lari…..
Aku mula menaruh kasih dan sayang padamu…..
Namun aku pasrah….
Andai diri ini….
Hanya ditakdirkan menjadi seorang sahabat……
Yang paling kau sayangi……
Sahabat yang akan tetap setia menyayangimu……
Sehingga ke akhir hayat nya…….
Maafkan aku teman….
Andainya pemergianku ini….
Membangkitkan kesedihan dan kepedihan di hatimu……
Aku tidak dapat melawan takdir yang maha Esa…..
Tapi…
Aku teramat bahagia…..
Kerana berpeluang menjadi sahabat mu……
Kaulah sahabatku dunia dan akhirat….
Selamat tinggal sahabat yang ku cintai……………..
slamat tggal?? nk g mne?
ReplyDelete